Ramai netizen cari geng 4×4 didakwa guna ‘bom’ tangkap ikan

Photo of author

By Syima Iza

Umum ramai mengetahui sungai merupakan salah satu sumber rezeki di Malaysia ini. Ia memberikan sumber air bersih dan protein melalui pelbagai jenis ikan yang hidup di dalamnya.

Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan sekumpulan geng 4×4 menunjukkan hasil mereka menangkap ikan didakwa menggunakan bom.

Menerusi video dikongsikan Facebook Muhamamd Azri, perakam video menunjukkan sekumpulan lelaki bercakap menggunakan loghat Kelantan mengelilingi puluhan ikan mati pelbagai saiz yang di susun di atas kanvas.

Ramai netizen cari geng 4x4 didakwa guna 'bom' tangkap ikan

Hantaran video itu telah mendapat lebih 2,800 kali perkongsian pengguna Facebook dan lebih 3,300 komen daripada netizen.

Ramai mengecam tindakan kumpulan itu kerana menjejaskan punca rezeki masyarat orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Menurut salah seorang netizen, beliau mendakwa kawasan itu sememangnya ‘lubuk syurga ikan’. Orang kampung setempat hanya pergi ke situ tangkap untuk makan sahaja atau untuk dijadikan sumber pendapatan orang kampung.

Ramai netizen cari geng 4x4 didakwa guna 'bom' tangkap ikan

Ramai netizen cari geng 4x4 didakwa guna 'bom' tangkap ikan

Dalam pada itu orang ramai menyatakan gara-gara tindakan mereka, telah menyebabkan nama geng 4×4 yang lain terpalit sama.

Warganet berharap pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan tegas terhadap kumpulan 4×4 itu, memandangkan video yang tular cukup kuat dijadikan bukti kesalahan yang dilakukan mereka.
Baca Juga:
Mengapa ia tidak digelar sebagai “Malaymie”? – Asal usul Indomie cetus perdebatan netizen Malaysia, Indonesia
Kepala bayi terputus, tertinggal di dalam rahim ketika bersalin
Rekaan Baju Melayu teruk dikecam, Arma Couture dedah tiada niat ‘lucahkan’ pakaian tradisional