
Ramai masih tak tahu ‘kotak sarang telur’ banyak kegunaannya, boleh serap bau busuk di dalam tong sampah
Ramai masih tak tahu ‘kotak sarang telur’ banyak kegunaannya, boleh serap bau busuk di dalam tong sampah.
Kotak sarang telur sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang mungkin tidak diketahui ramai.
Menurut Nur Husna Saikin, dia menggunakan kotak sarang telur untuk menghilangkan bau busuk di dalam rumahnya.
Katanya kotak sarang telur yang diperbuat daripada kertas berupaya menyerap air serta bau busuk di dalam tong sampah.
Caranya, ambil kotak sarang telur dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Kemudiannya, potong kotak sarang telur itu mengikut saiz tong sampah anda.
Kotak sarang telur itu boleh diletak di dalam plastik sampah anda supaya ia dapat menyerap sebarang cecair serta bau busuk.
Selain itu, kotak sarang telur juga boleh digunakan untuk melapik periuk panas di kediaman anda.
Sekiranya mahu melepak di kawasan luar rumah pada waktu malam, anda juga boleh membakar kotak sarang telur untuk menghalau nyamuk.