Ramai kecewa Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan David Foster

Photo of author

By Syima Iza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman daripada kumpulan anti-Zionis Israel umumnya gara-gara akan berkongsi pentas dengan David Foster di Jakarta, Indonesia malam ini.

Difahamkan, kumpulan BDS Malaysia tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan penglibatan Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut di saat rakyat Palestin masih ‘dibantai’ askar Zionis pada ketika ini.

Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel.

Ramai kecewa Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan David Foster

David sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh ‘Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

“Keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Foster itu adalah sangat mengecewakan,” tulis pengendali akaun kumpulan itu lagi.

BDS Malaysia juga tampil menggesa semua pihak terutama selebriti tempatan untuk menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.

Sekadar info, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.

Difahamkan Siti menjadi ‘bidan terjun’ setelah salah seorang artis terlibat iaitu Jessie J tidak dapat membuat persembahan pada malam ini.

Ramai kecewa Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan David Foster

Baca Juga:
Orang Malaysia ramai makan, negara Denmark pula haramkan Mi Samyang dijual, anggap bahaya untuk rakyatnya
Siti Nurhaliza beli kereta idaman bernilai RM2 juta
Wanita tak puas hati tengking anggota pihak berkuasa tuntut sewa rumah PPR yang tertunggak