‘Ramai kata sedap’ sambal petai Zaiton Sameon laku keras

Photo of author

By Syima Iza

‘Ramai kata sedap’ sambal petai Zaiton Sameon laku keras.

Penyanyi legenda era 80-an, Zaiton Sameon, mengakui bahawa beliau tidak menang tangan menguruskan perniagaan sambal petai kecil-kecilan yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 1987 ini turut menyatakan bahawa beliau masih menerima permintaan untuk menyanyi, walaupun hanya di majlis-majlis kecil.

'Ramai kata sedap' sambal petai Zaiton Sameon laku keras

Bagaimanapun, menurut Zaiton, tiada hari tanpa tempahan sambal petai.

“Setiap hari, tidak kurang dari 20 hingga 50 tempahan sambal petai diterima.
“Alhamdulillah, rezeki menyanyi masih ada. Namun, saya rasa lebih baik berniaga apabila sudah ada modal untuk perniagaan kecil-kecilan.
“Syukur, semuanya dipermudahkan. Baru-baru ini, saya baru pulang dari Pantai Timur selepas hampir seminggu atas urusan perniagaan dan mencari petai di sana,” katanya.

Zaiton turut berkongsi bahawa dia terharu dengan sambutan luar biasa yang diterima dan bercadang untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya ke seluruh negara.

“Alhamdulillah, rata-rata pelanggan yang membeli sambal petai saya memberikan komen positif. Ramai yang kata sedap.

“Setakat ini, sambal petai saya juga mendapat sambutan dari pelanggan di Kota Singa. Kami menguruskan semuanya sendiri, termasuk penghantaran,” tambahnya.

Walaupun mengakui rindu dengan bidang seni, Zaiton gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya kini.

“Saya gembira apabila pelanggan memberikan komen positif. Itu yang memberi saya semangat untuk memajukan lagi perniagaan sambal petai ini.

Zaiton juga mengakui bahawa popularitinya dalam dunia nyanyian sedikit sebanyak membantu perniagaannya. Kini, beliau sibuk mencari ‘lubuk’ petai yang lebih murah.

“Disebabkan tempahan semakin meningkat setiap hari, saya merancang untuk mencari tempat jualan petai yang lebih murah.

“Alhamdulillah, doakan perniagaan ini terus berjaya,” ujarnya.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini 5 tips boleh jana pendapatan 5 angka dengan promosikan produk di Lazada
Ketam paling comel di dunia ditemui di Teluk Amerika
Kedai mamak ada mesin ATM raih perhatian ramai