Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking

Photo of author

By Syima Iza

Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking.

Umum ramai mengetahui ejen takaful tidak lokek untuk berkongsi nombor telefon untuk memudahkan orang ramai menghubungi mereka bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai pelan takaful.

Bagaimanapun, ada yang menghubungi mereka mempunyai niat yang kurang baik, atau lebih buruk lagi individu itu merupakan seorang psiko.

Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking
Gambar hiasan

Menerusi hantaran Facebook Afyan Mat Rawi, beberapa ejen takaful menerima gangguan yang sama — di mana ada individu psiko yang menghubungi mereka meminta kebenaran untuk cium stoking.

Menurut salah seorang ejen takaful yang ‘terkena’ dengan gangguan itu, individu terbabit akan menghubungi untuk mendapatkan medical card.

Kemudian individu itu bertanya cara untuk menjadi ejen takaful. Tak lama itu dia akan bertanya sekiranya boleh menjadi kawan secara tiba-tiba.

“Jarang orang nak berkawan tiba-tiba ini. Lepas itu dia cakap nak minta cium sesuatu.
“Bila ditanya nak cium apa, dia menjawab – mahu cium stoking. Aish, pelik budak ini. Lelaki zaman sekarang pun dah tak selamat. Aduhai,” ujar salah seorang ejen takaful terkena gangguan tersebut.

Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking

Ramai ejen Takaful kena ganggu dengan mamat psiko mahu bau stoking

Apa lebih mengejutkan, beberapa ejen takaful lain tampil menunjukkan tangkap layar perbualan dengan individu psiko yang mahu cium stoking.

Sehubungan dengan itu, Afyan menyatakan sekiranya ada ejen takaful berhadapan dengan situasi yang sama, terus block sahaja nombor telefon itu.

Dalam pada itu, ada warganet menyarankan ejen-ejen yang mengalami gangguan itu segera membuat laporan polis.

“Saya harap tuan-tuan dapat buat laporan polis terus. Ini kes harrasment pada saya. Jangan biar psychopath macam ni berlegar-legar dalam ruangan public tuan. Banyak mudarat dari baik,” kata seorang pengguna media sosial.

Baca Juga:
Lelaki tikam isteri di dada maut jatuh tingkat 17 kondominium
Pelajar 15 tahun pukul rakan bertalu-talu dengan topi keledar selepas ajakan ponteng ditolak
Cikgu kantoi kutuk pelajar OKU dalam group WhatsApp, bapa pelajar OKU sempat ‘screenshot’ lapor kepada KPM