Ramai datang Bukit Bintang sebab nak tengok Thalita, sekali DBKL yang untung besar

Photo of author

By Syima Iza

Ramai datang Bukit Bintang sebab nak tengok Thalita, sekali DBKL yang untung besar.

Beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan di Bukit Bintang dipercayai milik orang ramai yang hadir untuk menyaksikan persembahan Thalita, anak kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, telah ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Menerusi rakaman yang dikongsi oleh @baimarifin_ di TikTok, kelihatan beberapa lori tunda milik DBKL berbaris untuk mengangkut kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut. Kawasan itu dilaporkan penuh dengan orang ramai yang ingin melihat Thalita membuat persembahan nyanyian.

Ramai datang Bukit Bintang sebab nak tengok Thalita, sekali DBKL yang untung besar

Pada saat ke-17 video tersebut, sebuah Suzuki Swift berwarna biru kelihatan sedang ditarik oleh lori tunda, diikuti oleh sebuah Perodua Axia berwarna kelabu perak tidak lama kemudian.

Hantaran ini mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, dengan ramai yang bersimpati terhadap pemilik kereta yang terlibat.

“Nangis tengok Thalita, balik nangis tengok kereta pula,” ujar Muhd Faizal.
@baimarifin_ Tertanya-tanya jugak kalau kereta kene tarik berapa ye kene bayar saman ada yang tau? #dbkl #era #thalita #towing ♬ original sound – BaimArifin

“Ingatkan mereka dah sedih tengok Thalita, rupanya ending (pengakhiran) mereka lagi sedih,” usik Yin.
“Double (dua kali) nangis tau. Tengok Thalita nangis, tengok kereta sendiri nangis lagi. Tengok diri sendiri pun rasa nak nangis,” kata Waniey.
Baca Juga:

Tular wanita bertudung mencuri di Speedmart, sorok barang celah kangkang

Isteri kongsi video suami OKU penglihatan cari surau buat ramai tersentuh

Tular iklan rumah milik Farid Kamil bakal dilelong harga lebih dari setengah juta?