Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan ‘High Demand’ di Singapura

Photo of author

By Syima Iza

Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan ‘High Demand’ di Singapura.

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia kini ramai yang memilih untuk bekerja di Singapura kerana gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding di tanah air.

Hal ini disebabkan oleh nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia, yang sedikit lebih rendah.

Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan 'High Demand' di Singapura

Namun begitu, seperti kebanyakan negara lain, Singapura turut berdepan dengan kekurangan pekerja yang berkelayakan dalam pelbagai sektor ekonominya.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan Singapura mengambil langkah proaktif dengan memberikan mata bonus kepada warga asing yang memenuhi syarat untuk memohon Pas Pekerjaan tempatan, bagi memudahkan proses kelulusan. Malah, pekerjaan yang ditawarkan dianggap sama penting dengan pekerjaan yang diisi oleh penduduk tempatan.

Menurut laporan Vulcan Post, setiap satu atau dua tahun, bergantung kepada keperluan semasa, Kementerian Tenaga Manusia Singapura menerbitkan senarai pekerjaan strategik yang menghadapi kekurangan tenaga kerja berkelayakan paling kritikal melalui Senarai Pekerjaan Kekurangan (Shortage Occupation List, SOL). Senarai ini telah dikemas kini untuk tahun 2025.

Senarai tersebut bukan sahaja berguna kepada warga asing yang berhasrat untuk bekerja di Singapura, tetapi juga kepada penduduk tempatan kerana ia mengetengahkan profesion yang paling diperlukan dalam sektor strategik. Selain itu, senarai ini juga memberikan panduan kepada pemohon pekerjaan dalam membuat keputusan kerjaya terbaik.

Bermula 1 Januari 2025, SOL terbaharu melibatkan tujuh industri utama dengan 30 jawatan pekerjaan. Sebahagian daripada jawatan ini diperluaskan dengan spesifikasi tertentu. Berikut adalah industri dan jawatan pekerjaan dalam SOL:

1. Agritech

  • Saintis aplikasi makanan protein alternatif
  • Pakar bioteknologi makanan novel

2. Perkhidmatan Kewangan

  • Penasihat kewangan atau pelaburan
  • Pengurus perhubungan
  • Perancang kekayaan

3. Ekonomi Hijau

  • Pengurus projek atau program karbon
  • Penganalisis piawaian dan metodologi karbon
  • Peniaga karbon
  • Pakar pengesahan dan audit karbon

4. Penjagaan Kesihatan

  • Pakar psikologi klinikal
  • Radiografer diagnostik
  • Ahli terapi cara kerja
  • Ahli fisioterapi
  • Jururawat berdaftar

5. Teknologi Infokomunikasi

  • Saintis atau jurutera kecerdasan buatan (AI)
  • Pengaturcara aplikasi atau sistem
  • Pakar keselamatan siber
  • Ahli sains data
  • Pakar forensik digital
  • Pembangun perisian

6. Maritim

  • Penguasa marin
  • Penguasa teknikal marin

7. Semikonduktor

  • Jurutera semikonduktor
  • Jurutera instrumentasi dan kawalan
  • Jurutera proses

Senarai ini mencerminkan pelbagai profesion dalam sektor strategik seperti agritech, penjagaan kesihatan, ekonomi hijau, teknologi maklumat, serta perkhidmatan kewangan dan maritim.

Memilih kerjaya berdasarkan senarai ini bukan sahaja memberikan prospek pekerjaan yang baik pada tahun 2025 tetapi juga jangka panjang. Kekurangan pekerja di Singapura dijangka berlanjutan memandangkan saiz negara yang kecil dan had migrasi tahunan. Oleh itu, senarai ini menjadi panduan penting untuk mereka yang ingin membina kerjaya di Singapura.

Baca Juga:
Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi
Selama 40 tahun, banglo unik ini terletak di tengah ’roundabout’
Dendeng, sambal nyet berapi Khairul Aming kini disahkan halal oleh Jakim