Rakyat Malaysia berebut nak pergi UK jadi tukang batu, gaji ditawar RM900 sehari.
Profesion sebagai tukang batu bukanlah pekerjaan yang diminati oleh rakyat Malaysia, dan jika ada pun, bilangannya sangat sedikit.
Namun, keadaan mungkin berubah selepas melihat tawaran gaji lumayan yang ditawarkan oleh syarikat di United Kingdom (UK) untuk kerja sebagai tukang batu terlatih.
Gaji Lumayan Tukang Batu di UK
Seorang lelaki, dikenali sebagai @gamispukak di TikTok, telah berkongsi video suasana kerjanya sebagai tukang batu di bawah sebuah syarikat di UK.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen pada video tersebut yang mendedahkan gaji mereka boleh mencecah RM900 sehari. Malah, gaji minimum sehari bagi seorang tukang batu profesional bermula daripada £146 (kira-kira RM841).
Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat menyusun batu bata, membersihkan serpihan simen lama, serta meratakan permukaan yang diperlukan.
Peluang Latihan di Sabah
@gamispukak97 daftar sekarang di BORNEO BRICKLAYING EXCELLENT CENTER @myikmkk #borneo #malaysia #worldskills #roadtouk #bricklaying #bricklayer #builder #perantau ♬ Laskar Pelangi – Nathania Karina & TRUST (Trinity Youth Symphony Orchestra)
Lelaki tersebut dipercayai mewakili sebuah pusat latihan yang berpusat di Sabah, yang menawarkan program latihan kepada bakat tempatan sehingga menjadi profesional dan diterima bekerja dengan syarikat besar di UK.
Susulan perkongsian itu, ramai rakyat Malaysia meluahkan minat untuk menjadi tukang batu terlatih demi menikmati gaji lumayan serta mengubah nasib keluarga.
Kesungguhan dan Realiti Hidup di UK
Lelaki tersebut turut menekankan bahawa sesiapa yang berminat untuk menceburi profesion ini perlulah bersungguh-sungguh menyelesaikan latihan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Namun, ada juga yang menasihati netizen supaya berfikiran rasional, kerana kos sara hidup dan kadar cukai yang tinggi di UK perlu diambil kira.
Bagaimanapun, menurut pengalaman beberapa individu yang pernah bekerja di UK, kebanyakan keperluan asas ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, menjadikan gaji yang diterima lebih berbaloi.