Rakan sekolah Shila sah madu ibunya, dulu selalu datang rumah kunjungi majlis. Kemelut rumah tangga membabitkan ramai pasangan artis terkenal masih lagi hangat dengan proses turun naik mahkamah. Namun secara tiba-tiba, berita mengenai penyanyi veteran, Dato’ Amir Amzah bin Salleh a.k.a ND Lala yang dikatakan sudah berkahwin lagi nyata mengejutkan ramai.
Fauziah Sarman mengubah kapsyen IG sebentar tadi
Hal itu kemudiannya didedahkan sendiri oleh isteri pertamanya, Fauziah Sarman menerusi Instagramnya secara terbuka. Namun saat dimuat naik, dia menyertakan kapsyen menggelar wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani itu sebagai perampas. Tapi sebentar tadi, ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu telah mengubah ayatnya kepada gelaran “Isteri Dato ND Lala”. Ini sekali gus mengesahkan kedua-dua memang sudah mempunyai ikatan pernikahan.
Sesiapa yang kenal Munirah, tolong tampil ke depan…Ini antara hidup dan…
Menurut laporan daripada Harian Metro, difahamkan sebelum ini Shila pernah membuat hebahan bagi menjejaki Munirah. Lebih mengejutkan, mereka rupa-rupanya pernah bersekolah di tempat sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.
Dulu Munirah selalu datang majlis-majlis di rumah Shila Amzah
Dalam maklumat lain, Munirah digambarkan sebagai orang yang agak dikenali dalam keluarga Shila Amzah. Hal ini kerana, dipercayai dia selalu datang berkunjung ke kediaman mereka jika ada majlis kekeluargaan.