Sekitar jam 5.20 petang semalam, jenazah Nur Farah Kartini Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.
Difahamkan seramai 400 orang hadir di tanah perkuburan tersebut, termasuk wakil Kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.
Dalam pada itu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi di tanah perkuburan berkenaan di mana seorang wanita yang dipercayai sahabat arwah dilihat longlai dan menangis ketika di hadapan kubur.
Beberapa individu yang berada di sekelilingnya cuba menenangkan wanita yang dikenali sebagai Dayang ini, dan abang arwah yang berada di tempat kejadian juga dilihat meletakkan batu nisan yang dipercayai tertulis nama arwah.
“Al-Fatihah dibaca. Farah Kartini, moga roh akak dicucuri rahmat dan tenang,” tulis kapsyen.
@aq_norsyima1557 #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #alfatihah #fypシ゚viral ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦