Rakaman CCTV kereta suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pula tersebar

Rakaman CCTV kereta suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pula tersebar

Setelah beberapa hari rakaman litar tertutup (CCTV) membabitkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim tersebar di media sosial, kini giliran video membabitkan kediaman pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee, pula menjadi tumpuan.

Ketika ini, sekurang-kurangnya empat rakaman CCTV yang dipercayai di sekitar rumah Khuzaimi dikesan di media sosial seperti WhatsApp dan Telegram.

Menerusi video berkenaan, individu yang memecah masuk rumah pertahanan berusia 30 tahun itu dipercayai menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima.

Rakaman CCTV kereta suspek pecah masuk rumah Khuzaimi pula tersebar

Malah, dalam video itu juga memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal yang dipercayai milik Khuzaimi selepas memecah masuk kediaman pemain itu.

Terdapat juga rakaman yang menunjukkan MPV itu masuk dan keluar melalui pondok pengawal keselamatan di kediaman pemain tersebut.

Namun, sehingga kini tiada pihak berkaitan tampil untuk mengesahkan rakaman CCTV terbabit adalah benar membabitkan kejadian pecah rumah Khuzaimi.

Sebelum ini, kediaman Khuzaimi dilaporkan dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor di Shah Alam.

Menurut laporan polis yang beliau kongsi di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama, dan pasport antarabangsanya.

Sementara itu, Khuzaimi ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan, rakaman CCTV berkenaan adalah di kawasan perumahannya yang diambil selepas insiden pecah rumah itu.

“Dalam CCTV itu menunjukkan suspek membawa lari motosikal saya sebaik pecah masuk kediaman.

“Memang kenderaan itu (Toyota Estima) berhenti depan rumah saya sebelum suspek masuk,” kata Khuzaimi.

Baca Juga:
Tokan hidup mewah belajar proses dadah melalui WhatsApp dicekup, dadah bernilai RM4.61 juta dirampas
Ramai yang tak tahu, ini cara nak elakkan nasi cepat basi
Demi selamatkan tunang, lelaki melecur teruk disimbah cecair oleh individu tak dikenali
CATEGORIES