Raju jumpa berlian bernilai hampir RM500,000 jadi kaya sekelip mata

Photo of author

By Syima Iza

Raju jumpa berlian bernilai hampir RM500,000 jadi kaya sekelip mata.

Nasib seorang lelaki di India tiba-tiba berubah selepas dia menemui sebutir berlian bernilai 8 juta rupee (RM445,000) semasa melombong di negeri Madhya Pradesh, tengah India.

Berlian seberat 19.22 karat itu dijangka dapat dijual pada harga 8 juta rupee dalam lelongan kerajaan.
Raju jumpa berlian bernilai hampir RM500,000 jadi kaya sekelip mata
Gambar hiasan
Raju Gound berkata, dia telah melakukan kerja menggali di lombongnya yang disewa daripada syarikat milik kerajaan, Perbadanan Pembangunan Galian Nasional (NMDC) di bandar Panna selama 10 tahun, dengan harapan menemui berlian.

Bandar Panna terkenal dengan kekayaan berlian, manakala orang awam kerap menyewa lombong cetek dan murah daripada kerajaan untuk mencari batu permata dengan menggunakan peralatan ringkas.

Lombong itu boleh disewa dengan bayaran antara 200 (RM11) hingga 250 rupee (RM13.90) untuk tempoh masa tertentu.

Sebarang penemuan perlu dihantar kepada pejabat berlian kerajaan yang menilai permata tersebut.

Raju jumpa berlian bernilai hampir RM500,000 jadi kaya sekelip mata

Menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), seorang buruh menemui sebutir berlian bernilai 15 juta rupee (RM834,496) semasa melombong di Panna pada 2018.

“Kami benar-benar miskin dan tidak mempunyai sumber lain untuk mencari wang. Kami melakukan perkara ini dengan harapan mendapat wang,” kata Raju.

Lelaki itu berkata, dia merancang menggunakan wang itu untuk membina rumah yang lebih baik buat keluarganya di samping membiayai pelajaran anak-anaknya.

Bagaimanapun, perkara pertama yang perlu dilakukan, kata Raju, adalah membayar hutangnya yang berjumlah 500,000 rupee (RM27,800).

Baca Juga:
Fredo Flybaits tidak mampu lagi menyanyi, isteri mahu jadi pemandu e-hailing
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan Chef Wan, ‘bagi elaun adik-beradik RM3,000 seorang’
Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagu di Olimpik Paris 2024