“Raja Sulu umur 24 tahun?”-DragonForce Malaysia dedah laporan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor adalah palsu

Photo of author

By Syima Iza

“Raja Sulu umur 24 tahun?”-DragonForce Malaysia dedah laporan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor adalah palsu.

Semalam, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya terdapat kebocoran data MyKad melibatkan 17 rakyat Malaysia yang akan dijual di pasaran gelap.

Namun, khabar angin tersebut ternyata palsu apabila wakil daripada organisasi DragonForce Malaysia (DFM) mendedahkan bahawa laporan itu tidak sahih. Mereka menjelaskan bahawa gambar MyKad yang tersebar di media sosial diisi dengan maklumat dan gambar individu yang tidak berkaitan atau tidak wujud sama sekali.

"Raja Sulu umur 24 tahun?"-DragonForce Malaysia dedah laporan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor adalah palsu

Sebagai contoh, terdapat gambar seorang pengganas Raja Sulu yang digunakan bersama nama dan alamat rekaan. Bahkan, dalam gambar tersebut, Raja Sulu didakwa berusia 24 tahun dengan nombor MyKad bermula dengan ’00,’ yang jelas tidak masuk akal.

Walaupun gambar yang tersebar telah dikaburkan, individu tertentu berjaya mengesan versi asal yang menunjukkan teks dan imej pada MyKad tersebut tidak konsisten dan jelas terdapat kesan suntingan.

Penemuan ini sekaligus membuktikan bahawa dakwaan kebocoran data itu tidak benar. DFM menyeru orang ramai agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dalam menyebarkan maklumat tanpa sebarang penyelidikan.

“Tak pasti? JANGAN KONGSI! Tolong jangan siarkan berita atau info yang tak sah. Aduhai!” ciap DFM di platform X.

"Raja Sulu umur 24 tahun?"-DragonForce Malaysia dedah laporan MyKad 17 juta rakyat Malaysia bocor adalah palsu

KDN Nafi Dakwaan Kebocoran Data

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menafikan dakwaan mengenai kebocoran 17 data MyKad seperti yang tular di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa hasil pemeriksaan rapi oleh agensi keselamatan, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mendapati dakwaan tersebut tidak mempunyai asas dan tidak sahih.

Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan data, terutamanya MyKad milik rakyat Malaysia, adalah terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat bagi mengelakkan salah faham dan penularan berita palsu.

Baca Juga:
Penduduk rakam ular sawa gergasi sedang berenang dalam air banjir raih tontonan 14 juta
Bekas isteri kahwin lain, lelaki panggil jentolak roboh rumah
“Mata tak berkedip”- Kucing sedih lihat video kawan-kawan jadi mangsa banjir