Raja Muda Selangor akan membiayai penuh kos perubatan Faisal

Raja Muda Selangor akan membiayai penuh kos perubatan Faisal

Bagi memastikan Faisal Halim mendapatkan rawatan yang benar-benar terbaik susulan kecederaan lecur tahap empat yang dialaminya selepas disimbah asid dalam satu kejadian, Ahad lalu, Pengerusi Selangor FC (SFC), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersedia untuk menanggung kos rawatan dan perubatan pemain kebangsaan itu sehingga pulih meskipun pemain itu sudah memiliki insurans perubatan.

Perkembangan itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas selesai menziarah pemain itu di sebuah hospital swasta di Shah Alam, pagi tadi.

“Kos perubatan Faisal sudah ditanggung menerusi insurans tetapi kita mahukan yang terbaik untuk dia. Apa yang dimaklumkan, rawatan yang terbaik biasanya membabitkan kos yang tinggi.

Raja Muda Selangor akan membiayai penuh kos perubatan Faisal

“Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) beri jaminan bahawa tak usah khuatir dan jangan risau, pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan tanggung kos perubatan sekiranya perlu,” kata Shahril.

Terdahulu, Shahril mengiringi Tengku Amir Shah yang sempat meluangkan masa lebih 30 minit untuk menziarahi Faisal yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas selesai pembedahan kedua, pagi tadi.

Selepas selesai menziarah Faisal, Shahril turut mengesahkan Faisal semakin menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh makan dan kini berada dalam keadaan yang bersemangat.

Shahril menyatakan pemain itu betul-betul bersemangat tinggi dan sudah mula memikirkan mengenai bola sepak meskipun sedang bertarung dengan kesakitan.

“Saya difahamkan Faisal sudah boleh makan tetapi diet yang lembut. Dia juga nampak tidak sabar untuk bangun dan melakukan senaman ringan lazim membabitkan bola sepak,” katanya.

Baca Juga:
Pelajar kolej menggigil selepas mengaku rogol rakan berusia 13 tahun dalam surau
Lelaki bermotosikal ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid ke Faisal Halim
Selepas Akhyar, Faisal Halim diserang, ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard
CATEGORIES