Raja judi pengsan terkejut selepas menang RM18 juta

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki pengsan akibat terkejut selepas memenangi wang judi berjumlah kira-kira AS$4 juta (RM18.84 juta) di sebuah kasino di Singapura, lapor portal berita MailOnline semalam.

Satu rakaman video menunjukkan mangsa yang tidak dinamakan itu rebah ke lantai kasino di Marina Bay Sands berhampiran sebuah meja perjudian, Sabtu lalu.

Orang ramai yang ketakutan menyaksikan kejadian itu ketika beberapa individu bergegas membantu lelaki berkenaan yang terbaring di atas lantai.

Raja judi pengsan terkejut selepas menang RM18 juta

Seorang wanita menjerit ketika pegawai perubatan cuba menyelamatkan lelaki itu di tempat kejadian.

Rakaman video berhubung insiden itu tersebar di media sosial.

Menurut laporan, lelaki tersebut kini dirawat di hospital kerana mengalami serangan jantung dan sedang pulih daripada kejadian itu.

Sumber

Baca Juga:
Kecoh suara perempuan nyanyi lagu Jawa setiap malam jumaat dalam pejabat ketua kampung
Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun
Reaksi cikgu India bila murid tanya soalan jawi buat ramai terhibur