Raja Jordan naik pesawat tentera sertai bantuan ‘airdrop’ kepada rakyat Gaza

Photo of author

By Syima Iza

Raja Jordan, Raja Abdullah menyertai misi kemanusiaan melepaskan makanan daripada pesawat tentera udara Jordan di Gaza.

Video yang diterbitkan pejabat Raja Abdullah menunjukkan baginda menaiki pesawat dan menolak bungkusan bantuan diikuti peti yang lebih besar dijatuhkan dari ruang kargo.

Pada Selasa, Raja Abdullah berkata, bantuan kemanusiaan untuk Gaza harus dilipatganda dalam usaha mengelakkan krisis kelaparan melibatkan lebih dua juta orang terus berpanjangan.

Raja Jordan naik pesawat tentera sertai bantuan 'airdrop' kepada rakyat Gaza

Jordan pada masa sama menggesa sekutu-sekutunya di Barat mendesak Israel meningkatkan bantuan yang datang dari kerajaan melalui Kerem Shalom di sempadan Mesir, Israel dan di luar lintasan Rafah.

Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir merudum secara dramatik dalam beberapa minggu terakhir.

@abuajiem7 Terbaik Raja Jordan 👍👍 #jordan #airdrop #alleyeonrafah #saverafah ♬ original sound – 𝔸𝕓𝕦 𝔸𝕛𝕚𝕖𝕞

Namun penipuan jelas Israel mendakwa, mereka tidak menghalang bantuan dan menyalahkan PBB dan pihak Palestin atas sebarang kelewatan.

Jordan telah dijadikan sebagai pusat serantau untuk bekalan kemanusiaan ke Gaza, melakukan empat penerbangan buat pertama kali pada Isnin buat bersama tentera Perancis menjatuhkan makanan kepada ribuan orang yang menunggu di kawasan pantai.
Baca Juga:
Terlanjur dengan lelaki lain selama setahun, wanita kesal curang terhadap ‘perfect husband’
Bau kucing dari rumah, termasuk bau hancing dan bulu kucing boleh hilang dengan guna 7 cara ini!
Nasib baik tak terbabas! pemandu kenderaan terkejut tiba- tiba harimau kumbang melintas jalan