‘Rahmah’ baharu melibatkan industri pakaian bakal dilancarkan menjelang Aidilfitri

‘Rahmah’ baharu melibatkan industri pakaian bakal dilancarkan menjelang Aidilfitri

‘Rahmah’ baharu melibatkan industri pakaian bakal dilancarkan menjelang Aidilfitri. Selepas inisiatif Menu Rahmah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat memperluaskan variasi program Jualan Rahmah melibatkan industri pakaian, menjelang Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu sesi libat urus bersama penggiat industri pakaian di negara ini akan diadakan pada minggu hadapan.

Untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif itu, bagi mengurangkan beban rakyat dalam mendepani perayaan Hari Raya Aidilfitri, April depan.

'Rahmah' baharu melibatkan industri pakaian bakal dilancarkan menjelang Aidilfitri

Datuk Seri Salahuddin Ayub (tiga, kiri) merasmikan Retail Digitalisation Initiative ReDI Inisiatif Pendigitalian Sektor Peruncitan Peringkat Negeri Johor Jom Guna E-Wallet di sebuah pusat beli belah hari ini.

“Saya baru sahaja menghubungi beberapa pemain industri pakaian dalam negara kita.
“Mungkin menjelang Aidilfitri ini ada Rahmah baharu yang akan kita lancarkan. Ini melibatkan industri pakaian,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program ReDI peringkat negeri Johor di sebuah pusat beli belah, di sini pada Sabtu.

Harga pakaian yang dijual menerusi program Rahmah itu dijangka lebih rendah berbanding harga pasaran.

Bagaimanapun, jelas Salahuddin, penentuan terhadap harga dan senarai produk akan dibincangkan dalam pertemuan bersama pemain industri tersebut
Manakala pengumuman rasmi mengenai inisiatif itu dijangka akan dibuat pihaknya dalam masa terdekat.

Baca Lagi:

Cara dapatkan lesen memandu, roadtax digital anda di aplikasi MyJPJ
Pelajar cemerlang IPT maut jatuh bangunan tingkat 9
Budak 9 tahun pecah rekod dunia melantun bola keranjang dengan mata tertutup
CATEGORIES