Radhi OAG ‘merapu’ atas pentas, netizen minta AADK pantau sebelum buat persembahan

Radhi OAG ‘merapu’ atas pentas, netizen minta AADK pantau sebelum buat persembahan

Radhi OAG ‘merapu’ atas pentas, netizen minta AADK pantau sebelum buat persembahan. Semalam, berlangsungnya Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam dengan mempersembahkan beberapa buah lagu seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih khas buat para peminat kumpulan tersebut.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik perhatian ramai adalah konsert tersebut turut diselangi dengan selawat dan mengingat Tuhan daripada vokalisnya, Radhi, telah membuatkan ramai yang sejuk hati apabila mendengarnya.

Namun begitu, ada segelintir netizen yang mendakwa persembahan yang disajikan oleh Radhi lain daripada yang lain memandangkan dia kelihatan ‘merapu’ ketika di atas pentas sehingga menyebabkan konsert tersebut lewat selama setengah jam.

Radhi OAG 'merapu' atas pentas, netizen minta AADK pantau sebelum buat persembahan

AADK kena pantau dia ni
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitternya, individu terbabit meminta agar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuat pemeriksaan terhadap penyanyi itu sebelum membuat persembahan.

Dalam video yang tular di laman sosial, kelihatan penyanyi yang berusia 45 tahun itu sedang membaling sehelai baju yang dipercayai hadiah kepada mereka yang duduk di depan pentas.

Okay lah tu, daripada kena ludah
Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa hairan mereka apabila melihat tindakan luar biasa penyanyi kelahiran Kuching itu yang berbeza berbanding dengan persembahannya pada konsert sebelum ini.

Radhi OAG 'merapu' atas pentas, netizen minta AADK pantau sebelum buat persembahan

Bahkan, ada netizen yang menegaskan tindakan ‘pelik’ penyanyi itu adalah lebih baik berbanding kena ludah seperti mana yang dilakukan oleh penyanyi terkenal sebelum ini.

Baca Lagi:
Pegawai bomba ini kongsi pengalaman rungkai lokasi mayat mangsa terakhir
Budak perempuan terkejut, loya tergigit cicak hidup dalam aiskrim
Sebak! Kumpul duit untuk tunai umrah, pakcik ini gigih berniaga ikan masin di tangga pasaraya
CATEGORIES