Pelakon, Qistina Raisah sering menjadi tumpuan wargamaya yang menganggap gaya penampilannya tidak sesuai dengan usianya.
Baru-baru ini, Qistina sekali lagi menjadi tumpuan wargamaya selepas berkongsi beberapa foto dirinya di laman Instagram (IG).
Dalam hantaran tersebut, Qistina yang mengenakan pakaian berwarna biru terlihat berada di atas sebuah kapal layar yang dipercayai sedang bercuti bersama keluarganya.
Apa yang mencuri perhatian ialah, terdapat satu gambar yang memaparkan Qistina sedang mengangkat tangan sehingga menampakkan bahagian ketiaknya.
Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai dan mendapat komen kecaman daripada rata-rata netizen.
View this post on Instagram
Apabila melihat ruangan komen, wargamaya berpendapat Qistina tidak sepatutnya berpakaian sedemikian mengambil kira usianya yang masih muda.
Mereka juga berharap agar pelakon berusia 16 tahun itu menukar gaya penampilannya dan mengenakan pakaian yang lebih sopan.