Puteri Sarah nekad mahu saman Wiwie, bengang ksah rumah tangga masih dijaja.
Berang isu rumah tangga dengan bekas suami, Syamsul Yusof masih dijaja, aktres Puteri Sarah Liyana nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar kerana masih mengganggu ketenteraman hidupnya.
Menurut Puteri Sarah, wanita bernama Wiwie Darvienda Mazweena itu seakan belum ‘move on’ dan tidak bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarga yang lain.
“Pagi ini ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila sudah elok semua diselesaikan dan dan tarik saman tetapi masih nak menyalak.
“Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat rakan rapat kau?
“Sudah tarik saman pun cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa,” katanya dalam Insta Story hari ini.
Tidak berdiam diri kali ini, ibu kepada dua anak itu menegaskan bakal memfailkan saman serta akan membuat laporan kepada majikan Wiwie.
“Saya akan buat laporan pada majikan awak dan patut malu dengan diri sendiri, dasar kebulur perhatian!” tegas pelakon drama Hijrah Jannah itu lagi.
Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman Puteri Sarah serta keluarganya dan keluarga mentuanya.
Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Pada 14 Jun lalu.