Puluhan unit kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting diconteng dengan kata-kata kesat

Photo of author

By Syima Iza

Puluhan unit kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting diconteng dengan kata-kata kesat.

Puluhan unit kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting di sini diconteng menggunakan cat semburan.

Kejadian ini hanya disedari oleh orang awam yang menziarah ke kubur saudara mereka di kawasan perkuburan berkenaan tengah hari tadi.

Puluhan unit kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting diconteng dengan kata-kata kesat

Difahamkan bahawa kubur yang terjejas disembur dengan bermacam-macam tulisan termasuk kata-kata yang kesat dan kurang sopan.

Borneo Network turut difahamkan bahawa kes ini merupakan kes pertama yang dilaporkan dan melibatkan banyak unit kubur.

Justeru, mana-mana orang individu yang mempunyai ahli keluarga yang dikuburkan di tanah perkuburan terbabit agar memeriksa perkuburan sanak-saudara masing-masing.

Baca Lagi:
Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM
Peniaga terpaksa jual 120 bungkus nasi goreng dengan harga murah setelah ditipu ‘Kapten Zamri
Isu nadir bumi 13 juta: Ketua Eksekutif (MBI) Kedah dedah sesuatu