Pulau Pinang larang warga asing masak 13 makanan ini termasuk nasi lemak

Photo of author

By Syima Iza

Pulau Pinang terkenal dengan kepelbagaian makanan kini menghadapi cabaran dalam mengekalkan keaslian rasa tradisional makanan di negeri tersebut.

Sejak bertahun-tahun, resipi-resipi ini telah dijaga dengan baik dan diwariskan dari generasi ke generasi.

Namun, rasa asli yang menarik ribuan pelancong ke Pulau Pinang kini terancam apabila tukang masak asing mula mengambil alih penyediaan hidangan-hidangan popular tersebut.

Pulau Pinang larang warga asing masak 13 makanan ini termasuk nasi lemak

Bagi mengekalkan keaslian rasa yang menjadi kebanggaan Pulau Pinang, kerajaan negeri akan melarang tukang masak asing daripada menyediakan senarai hidangan di semua gerai makanan, pusat makanan, dan kedai kopi bermula tahun hadapan, lapor Malay Mail.

Hidangan yang tersenarai dalam larangan tersebut termasuk nasi lemak, asam laksa, pasembor, mee sotong, char koay teow, koay teow soup, Hokkien mee, curry mee, wan tan mee, loh bak, chee cheong fun, char koay kak, dan oh chien.

Ahli majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tan Soo Siang, memberitahu pemberita dalam satu sidang akhbar bahawa larangan ini dilaksanakan selepas beberapa aduan mengenai kualiti makanan tempatan yang disediakan oleh tukang masak asing.

“Pembayar cukai telah mempersoalkan mengapa kami tidak mengambil tindakan, jadi kami memutuskan untuk meluaskan larangan ini ke pusat makanan, gerai makanan, dan kedai kopi yang dimiliki secara persendirian,” katanya.

Larangan ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014 dan dikuatkuasakan pada tahun 2016, di mana tukang masak asing hanya dilarang di pusat makanan dan gerai makanan milik MBPP.

Tan menambah bahawa cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada awal tahun hadapan dan memberi jaminan bahawa larangan tersebut tidak akan memberi kesan kepada kafe, restoran, hotel, dan francais yang menawarkan jenis makanan jalanan yang sama dalam menu mereka.

Baca Juga:
‘Pelanggan terakhir’ lelaki sempat merasa indomie viral Tasik Titiwangsa sebelum DBKL datang angkut
Lelaki kongsi petua tebuk dinding ‘gaya pro’ tanpa habuk bersepah
Misteri kehilangan ‘TikToker’ tersohor terjawab, mayat ditemui dikerat-kerat