Puasa & raya dah dekat, ini cara paling senang kumpul duit dalam tempoh 2 bulan.
Tahun 2025 baru sahaja membuka tirainya, namun ada yang sudah mula merasa pening kepala.
Ini kerana umat Islam di Malaysia dijangka menunaikan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri dalam bulan yang sama, iaitu pada bulan Mac nanti.
Bagi mengatasi cabaran ini, anda disarankan untuk merancang kewangan dan memulakan simpanan seawal bulan Januari. Berikut adalah kaedah yang boleh membantu anda menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa dua bulan:
1. Tetapkan Matlamat Harian atau Mingguan
Meskipun mencabar untuk menyimpan RM1,000 dalam dua bulan, matlamat ini boleh dicapai dengan disiplin dan perancangan yang betul.
Contohnya, untuk mencapai jumlah tersebut, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM17 sehari atau RM120 seminggu.
- RM17 x 30 hari = RM510
- Dengan menyimpan jumlah ini secara konsisten, anda boleh mengumpul RM1,020 dalam masa 60 hari.
2. Lakukan Cabaran Simpanan
Ambil cabaran simpanan bertingkat yang popular.
- Hari pertama: Simpan RM1
- Hari kedua: Simpan RM2
- Teruskan sehingga hari ke-30. Cara ini membantu anda menyimpan tanpa merasa beban.
3. Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu
Makan di luar setiap hari boleh menyebabkan perbelanjaan anda meningkat dengan ketara.
- Gantikan dengan memasak di rumah atau membeli barang dengan harga diskaun.
4. Jejak Perbelanjaan
Gunakan aplikasi penjejak kewangan yang kini banyak tersedia.
- Aplikasi ini membolehkan anda mencatat segala perbelanjaan, membantu anda untuk lebih berdisiplin dalam pengurusan kewangan.
5. Cari Pendapatan Tambahan
Walaupun melakukan dua kerja pada satu masa mungkin tidak praktikal, anda boleh mencuba alternatif lain seperti berniaga melalui aplikasi TikTok.
- Dengan pendekatan yang betul, anda mungkin dapat menjana pendapatan tambahan sehingga mencecah empat angka.
Dengan kaedah ini, anda bukan sahaja boleh menyediakan kewangan untuk bulan puasa dan Aidilfitri, tetapi juga membina tabiat menyimpan yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.