PU Syed terima ugutan bunuh kerana bantah konsert Blackpink

Photo of author

By Syima Iza

PU Syed terima ugutan bunuh kerana bantah konsert Blackpink. Pada 4 Mac yang lalu telah berlangsungnya konsert kumpulan K-pop iaitu Blackpink.

Konsert yang diadakan di Stadium Bukit Jalil itu mendapat sambutan ribuan peminat kumpulan berkenaan dari seluruh negara dan Asia yang sudah lama menanti kehadiran selebriti terkenal terbabit.

Sebelum berlangsungnya konsert tersebut, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak lantang meminta orang ramai membantah serta menentang konsert tersebut dari diadakan.

PU Syed terima ugutan bunuh kerana bantah konsert Blackpink

Malah pendakwah itu turut memanjatkan doa agar musibah banjir yang sedang melanda beberapa negeri dialihkan ke lokasi berlangsungnya konsert tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung menerima pelbagai respon dari orang ramai malah ada juga yang mengejek dan menyindir dirinya apabila konsert itu tetap diteruskan di Malaysia.

PU Syed kemudian menyatakan dia tidak terkesan dengan perkara itu kerana percaya suatu hari nanti dia juga mampu mengetawakan mereka.

PU Syed terima ugutan bunuh dari kerana tentang konsert Blackpin
Terbaharu, kerana kelantangan menyuarakan pendapat, PU Syed memaklumkan dia ada menerima ugutan bunuh.

Menurutnya, ugutan itu diterimanya menerusi direct message (DM) di akaun media sosial miliknya.

Kata pendakwah bebas itu, individu yang memberi mesej itu bukan hanya membuat ugutan untuk menembaknya tetapi turut mendoakan agar anak-anak beliau dijangkiti virus.

Tak buat laporan polis kerana percaya ugutan dari akaun media sosial palsu
Namun begitu, PU Syed tidak membuat laporan polis selepas percaya ugutan yang diterima itu adalah dari akaun media sosial palsu.

“Saya tak buat laporan polis sebab saya percaya itu akaun palsu. Ini kali pertama dapat ugutan sebegini. Sebelum ini orang kecam dan hentam itu dah biasalah.

“Dia DM saya kemudian dipadam mesej itu tetapi saya sempat ambil tangkap layar. Saya syak ini kerja budak-budak yang taksub sangat dan terlalu mengikut emosi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tak akan putus asa untuk terus berdakwah
Dia bagaimanapun menyatakan tidak akan berhenti dari terus berdakwah meskipun mendapat ugutan dan juga kecaman dari orang ramai.

Ujarnya, cacian yang diterimanya kebanyakan dari orang muda yang belum dapat menerima teguran yang ikhlas diberikan.

“Bila kita dah berada di atas jalan (dakwah) ini, kita tak akan berundur lah. Kena tegur apa yang patut ditegur.

“Banyak budak-budak yang terlalu ikut hati dan perasaan, kita kena nasihatlah. Terutama orang tua mereka kenalah nasihat anak-anak ini kalau tidak boleh jadi masalah kepada masyarakat,” ucapnya.

Baca Lagi:
Suami curiga wajah anak mirip lelaki lain, sekali buat ujian DNA terkejut anak dari benih isteri curang dengan tuan rumah sewa
Pemuda ini hanya tanam sayur jana RM400,000 sebulan
Lelaki ini makan kelapa selama 28 tahun untuk rawat penyakit GERD