PRU15 paling korup dalam sejarah PRU negara dakwa Tun M

PRU15 paling korup dalam sejarah PRU negara dakwa Tun M

PRU15 paling korup dalam sejarah PRU negara dakwa Tun M. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan paling korup dalam sejarah PRU di negara ini.

Menurutnya, rasuah diberikan secara terbuka dan ramai yang menerimanya sebelum mengundi kerana terdapat bukti lain mengenainya semasa pilihan raya yang berlaku tanpa halangan.

“Jelas sekali bahawa sejumlah besar wang telah diperuntukkan untuk mempromosikan calon dan parti. Adalah lumrah di Malaysia apabila bandar, kampung dan luar bandar dipenuhi dengan berjuta-juta bendera, gegantung, poster dan papan tanda.

PRU15 paling korup dalam sejarah PRU negara - Tun M

“Ia tidak murah. Bendera berharga sekurang-kurangnya RM3 setiap satu. Batang buluh dan kerja memasangnya akan menelan belanja RM3 lagi.

“Setiap bendera yang dipasang berharga RM6 dan terdapat puluhan ribu di setiap kawasan pilihan raya. Pasti ada berjuta-juta di seluruh negara. Sejuta akan menelan belanja RM6 juta. 10 juta akan menelan belanja RM60 juta. Terdapat 222 Parlimen dan beribu-ribu pekerja serta ‘sukarelawan’ parti yang dibayar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, mungkin setiap parti akan membelanjakan RM100 juta dan persoalan yang perlu ditanya ialah dari mana datangnya wang sebanyak itu.

Katanya, dalam pilihan raya, sekiranya calon atau parti terlibat dengan perbelanjaan mewah, penyiasatan tentang sumber dana harus dijalankan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat parti-parti dilihat mempunyai dana besar yang dibelanjakan untuk merasuah pengundi dan perbelanjaan besar untuk kempen dalam PRU15.

Baca Lagi:
Pelajar Palestine ‘kantoi’ intai pelajar perempuan mandi di Cyberjaya
Majlis Ayahanda Harimau Kumbang diserbu, 8 ahli baru tak sempat angkat sumpah
Tular aksi budak keluar kepala ikut ‘sunroof’ di lebuh raya membahayakan nyawa
CATEGORIES