Produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream, Rissa Skin Moisturiser tidak dibenarkan dijual,ada racun berjadual

Produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream, Rissa Skin Moisturiser tidak dibenarkan dijual,ada racun berjadual

Produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream, Rissa Skin Moisturiser tidak dibenarkan dijual,ada racun berjadual. Dua produk kosmetik, Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser dikesan mengandungi racun berjadual yang memberi kesan sampingan sekali gus tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesan produk Flashhskinzz Night Cream mengandungi racun berjadual jenis Hydroquinone, manakala Rissa Skin Moisturiser pula mengandungi racun berjadual jenis Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.

Beliau berkata, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan (KKM).

Produk kosmetik Flashhskinzz Night Cream, Rissa Skin Moisturiser tidak dibenarkan dijual,ada racun berjadual

“Orang awam digesa tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik terbabit seperti yang disarankan NPRA kerana ia mempunyai kesan sampingan.

“Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17- valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan
hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, penggunaan produk yang mengandungi racun berjadual seperti Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif.

Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Betamethasone 17-Valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Semua pihak digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui
aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store,” katanya.

Baca lagi :
Suami mendidih tengok officemate lelaki lap mulut bini semasa lunch
Gerai roti canai popular diarah tutup selepas dikesan telur ada tahi ayam
Kecoh wanita tunggang motosikal bawa ratusan peluru hidup dalam periuk nasi
CATEGORIES