PRK Kemaman: Pengawal keselamatan menangis hiba peluk calon BN, siap tabik hormat.
Kempen calon BN Jeneral (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertemu pengundi diselubungi suasana hiba apabila seorang pengawal keselamatan yang ditemui menangis menceritakan kisah kesukaran hidupnya.
Video di TikTok berdurasi 1.28 saat memaparkan pertemuan antara Raja Mohamed Affandi dengan seorang pengawal keselamatan.
Video berkenaan memperlihatkan pengawal keselamatan itu berpelukan bersama Raja Mohamed Affandi dan memberitahu kepada calon BN yang dia merupakan bekas tentera.
“Jangan abaikan perajurit.. saya bekas perajurit, berkorban nyawa.. saya bekas perajurit,” katanya.. sebelum disambut Raja Mohamed Affandi “saya juga seorang perajurit,” katanya.
“Saya seorang perajurit, hormatilah bekas perajurit, rumah tak ada apa,” kata pengawal keselamatan berkenaan.
Raja Mohamed Affandi pula bertanya kepada pengawal keselamatan berkenaan sama ada percaya kepadanya atau tidak.
“Insya-Allah saya buat, saya buat.. dalam perkhidmatan dulu saya buat,” kata Raja Mohamed Affandi di dalam perbualan itu.
@rajamohamedaffandi “Saya juga dulu seorang Prajurit.” Sebak hati saya apabila mendengar keluhan dan rasa sedih oleh seorang bekas Prajurit. Walaupun dalam keadaan yang begitu, namun rasa cinta & hormatnya kepada para Prajurit Malaysia tidak pernah beliau lupakan malah diketepikan. Saya senantiasa berusaha membela nasib para Prajurit dan mendoakan agar semua pejuang bangsa, negara dan agama agar sentiasa mendapat keberkatan Tuhan dan rahmatNya. InshaAllah. “Kemaman Untuk Kemaman.” Yang tulus, Tan Sri Raja Mohamed Affandi #KemamangUntukKemamang #calonno1 #UndilahBarisanNasional #kemaman #fyp #terengganu Calon No. 1 P.040 Kemaman #KemamangUntukKemamang #calonno1 #UndilahBarisanNasional #kemaman #fyp #terengganu #demikemaman ♬ original sound – rajamohamedaffandi
Pengawal keselamatan itu melalui perbualan bersama Tan Sri Raja Mohamed Affandi, memaklumkan yang dia tidak mempunyai kediaman tetap selepas bersara.
Raja Mohamed Affandi kelihatan menahan sebak lalu membawa pengawal keselamatan itu ke satu sudut yang lain sebelum memaklumkan akan menyelesaikan masalah berkenaan.
Sebelum mereka berpisah beberapa kali pengawal keselamatan berkenaan memberi tabik hormat kepada Raja Mohamed Affandi.