Prince Syed, isteri kongsi tema baju raya tahun depan inspirasi dari pokok raih perhatian ramai.
Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Syahid sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Baju Raya Dah Siap!
Menerusi muat naik di TikTok, Syed yang juga seorang pereka fesyen itu berkongsi baju raya untuk tahun depan yang dihasilkan khas untuk isterinya.
Dalam rakaman berdurasi 30 saat itu, Syed dan isterinya dilihat segak memperagakan busana serba hijau zamrud.
Lebih menarik, busana yang disarungkan oleh isterinya itu turut dihiasi dengan daun-daun di bahagian dada dan bawah busana tersebut.
“Tak sabar nak raya, lagi 3 bulan lebih je lagi, baju raya kami dah banyak siap.
“Harap Aidilfitri 2025 nanti menjadi raya paling best, insya-Allah, dan harap impian dan harapan menjadi kenyataan, ameeeennn dengan izin Allah,” tulisnya.
@prince.syed.shahidTak sabar nak raya , lagi 3 bulan lebih jer lagi , baju raya kami dah banyak siap , harap Aidilfitri 2025 nanti menjadi raya paling best in sha Allah dan harap impian dan harapan menjadi kenyataan , ameeeennn dengan izin Allah♬ original sound – CEO OF LAGU VIRAL (2)🇲🇾 – CEO OF RANDOM ✨
Netizen Seloroh Boleh Main Sorok-Sorok Dalam Kebun
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
“Habis la daun di Eco tahun ni,” komen netizen dengan lucu.
“Fatin pakai apa pun elok, kalau aku mesti macam hutan hidup,” puji netizen.
“Boleh buat inspirasi ni, pokok pisang hiasan aku ada tampal kat baju raya nanti. Baru nampak eksklusif,” tulis netizen.
“Dia mai dengan daun pula,” komen netizen lagi.
“Ni kalau main nyorok-nyorok kat kebun boleh menang,” komen netizen terhibur.
Terdahulu, Syed memaklumkan dia dan isteri sudah lali dengan kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen, sebaliknya berasa selesa dengan penampilan-penampilan yang luar dari kebiasaan.