Pramugari dedah sebab kenapa dinasihatkan jangan minum kopi dalam pesawat

Photo of author

By Syima Iza

Pramugari dedah sebab kenapa dinasihatkan jangan minum kopi dalam pesawat.

Seorang pramugari dari Amerika Syarikat (AS), Cierra Mistt, meluahkan kebimbangan mengenai kualiti air dan tahap kebersihan dalam pesawat melalui sebuah video yang tular baru-baru ini.

Menurut laporan NDTV, Mistt menasihatkan penumpang supaya mempertimbangkan semula untuk menempah minuman panas seperti teh dan kopi semasa penerbangan, dan sebaliknya mengutamakan air botol atau tin sebagai alternatif yang lebih selamat.

Pramugari dedah sebab kenapa dinasihatkan jangan minum kopi dalam pesawat

Mistt juga mendedahkan bahawa dia dan rakan-rakan sekerjanya kebiasaannya mengelak daripada meminum air panas di dalam pesawat, kecuali jika benar-benar diperlukan, kerana meragui tahap kebersihan air yang digunakan.

Sebab Dilarang Minum Kopi di Pesawat
Menurut Mistt, air yang digunakan untuk menyediakan teh dan kopi mungkin tidak melalui proses pembersihan yang betul.

Beliau menjelaskan bahawa beberapa peralatan seperti penapis air jarang dibersihkan, yang boleh meningkatkan risiko pencemaran.

Selain itu, Mistt turut menyatakan bahawa kopi yang dihidangkan di dalam pesawat sering disediakan dalam tempoh masa yang lama, menyebabkan kualitinya merosot.

Video tersebut segera menjadi tular di platform YouTube, menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyuarakan kebimbangan dan pendapat masing-masing.

Baca Juga:
Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL
Anak halau keluar rumah, wanita berdiri tepi jalan bersama peti sejuk undang sebak
‘Persis seorang puteri’ Ameera Khan berbaju pengantin cetus tanda tanya peminat