Polis trafik tular tumpangkan warga emas ke masjid dengan motosikal dapat sijil penghargaan

Polis trafik tular tumpangkan warga emas ke masjid dengan motosikal dapat sijil penghargaan

Polis trafik tular tumpangkan warga emas ke masjid dengan motosikal dapat sijil penghargaan.

Seorang anggota trafik yang tular kerana sifat mulia membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi di sini pada 15 Julai lalu, menerima surat penghargaan Ketua Polis Kelantan, di sini, pada Isnin.

Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, menerima surat penghargaan berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Datuk Muhamad Zaki Harun.

Polis trafik tular tumpangkan warga emas ke masjid dengan motosikal dapat sijil penghargaan

Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak tiga tahun lalu itu pertama kali menerima penghargaan berkenaan.

Katanya, tidak menyangka pertolongan yang dianggap kecil itu menjadi tular hingga mendapat perhatian pihak atasan.

“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas tugas rondaan dan terserempak dengan wanita berusia lingkungan 80-an berjalan terbongkok-bongkok.

“Dia cuba melintas jalan dan saya bertanya dia hendak ke mana sebelum memberitahu hendak ke masjid berdekatan serta membantu dengan memboncengkannya sejauh dua kilometer,” katanya ketika ditemui di Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Rendah Polis dan penerima surat penghargaan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, pada Isnin.

Menurutnya, dia tidak mengetahui gambarnya membantu wanita itu dirakam sehinggalah tular dan diberitahu oleh rakan-rakan.

“Saya biasa melihat dia di kawasan Buluh Kubur tetapi tidak dapat dipastikan keluarga atau tempat tinggalnya.

“Saya membantu atas dasar ihsan sesama manusia, lebih-lebih lagi sebagai anggota polis yang sememangnya sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan akan terus menolong orang lain selagi termampu,” ujarnya.

Seminggu lalu, tular rakaman berdurasi 28 saat memaparkan warga emas terbabit turun dari motosikal jenis Yamaha Y15 selepas ditumpangkan oleh polis trafik berkenaan sejauh dua kilometer dari kawasan berhampiran ke masjid tersebut.

Baca Juga:
Lakon babak ada unsur ‘Soft Porn’, Shukri Yahaya akui kesilapan, mohon maaf
Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga
Wahab J-KOM saman Chegu Bard RM5 juta
CATEGORIES