Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leher

Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leher

Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leher.

Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada Astro AWANI.

Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh, ada kesan jerutan di leher

Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn Rayyan.

“Kita klasifikasikan kes bunuh. Kita percaya wujud unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Susulan itu, Hussein berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hussein menambah, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.

Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa.

Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.

Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.

Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan.

@wadahdaily Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia malam tadi di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini disahkan mati dibunuh. Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Credit to the owner (CTTO) Video | Music | Footage | Media Coverage #wadahdaily #wadahtv #malaysiamadani #malaysia #kerajaanperpaduan #PMX #tiktokmalaysia #berita #malaysiadihatiku #terkini #berita #kerajaanmalaysia #fyp #Malaysia #rakyatmalaysiabersatu #madani #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #Malaysia #zaynrayyan #autism #DamansaraDamai #PDRM ♬ original sound – WadahDaily

Baca Lagi:
Keluarga sedang bersantai di kolam renang terkejut nampak kelibat ‘pontianak’ atas pokok selepas azan maghrib
Sanggup jual tanah, keluar wang KWSP akhirnya ditipu kripto ‘patuh syariah’
Pak Arab tunggang isu Palestin buat live kat TikTok raih ‘gift’ dari orang ramai
CATEGORIES