Polis musnahkan 6 Harley Davidson bersalut emas, setiap satu bernilai hampir RM500,000

Photo of author

By Syima Iza

Sebanyak enam motosikal jenama Harley Davidson bersalut emas milik sebuah kumpulan motosikal dimusnahkan menjadi sekerap, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Motosikal berharga NZ$153948 (RM453,559) setiap satu itu dirampas polis New Zealand bersama beberapa aset lain bernilai NZ$2.7 juta (RM7.86 juta) dalam serbuan dinamakan Operasi Nova.

“Keenam-enam motosikal itu dimusnahkan pada Jumaat lalu dan jualan besi sekerapnya akan disalurkan kepada dana kerajaan sebagai amalan standard,” kata Pesuruhjaya Polis Andrew Coster.

Polis musnahkan 6 Harley Davidson bersalut emas, setiap satu bernilai hampir RM500,000

Turut dirampas ialah wang tunai NZ$426,949 (RM1.26 juta), empat kenderaan Range Rovers Sports, sebuah kereta Rolls-Royce Wraith, kereta Mercedes-Benz dan Audi, barangan berjenama lain serta sebuah hartanah di Auckland.

Kesemua aset itu dirampas daripada ahli kumpulan motosikal Comanchero yang terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan keganasan.

Semua motosikal itu dirampas pada April 2019 namun mahkamah hanya membenarkan polis memusnahkannya baru-baru ini.

Baca Juga:
“Jala saya hancur dibuatnya” – Ikan tapah gergasi berjaya ditangkap nelayan
Tidak semua orang tahu 4 jenis makanan ini ‘bahaya’ jika disimpan dalam peti sejuk
Askar US bakar diri di hadapan kedutaan di Washington, jerit ‘Bebaskan Palestin’