Polis kejar lelaki bertopeng panjat bumbung stadium ketika perlawanan berlangsung

Polis kejar lelaki bertopeng panjat bumbung stadium ketika perlawanan berlangsung

Polis terpaksa campur tangan selepas wisel penamat aksi Euro 2024 antara Jerman menentang Denmark apabila seorang lelaki bertopeng memanjat bahagian bumbung Stadium BVB Dortmund.

Penyokong masih berada di stadium selepas tamat perlawanan dan orang ramai dikejutkan dengan tindakan anggota polis yang cuba menurunkan individu terbabit dari bahagian bumbung.

Rakaman yang dirakam Mail Sport menunjukkan lelaki itu berjalan di atas besi rangka bumbung dengan ramai yang menjerit memintanya turun.

Polis kejar lelaki bertopeng panjat bumbung stadium ketika perlawanan berlangsung

Individu yang menutup bahagian muka itu berjalan ke sudut bumbung stadium ketika polis berusaha mengejarnya.

Anggota polis mengeluarkan pistol ketika mereka mengejarnya sebelum individu berkenaan menyerah diri.

Dia kemudiannya digari dan topeng pada mukanya ditanggalkan ketika peminat sudah dipindahkan dari stadium sejurus selepas kejadian itu.

Walaupun motif lelaki itu belum diketahui, namun tindakannya memanjat ke bahagian bumbung stadium pasti akan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dalam Kejuaraan Eropah.

Minggu lalu, UEFA dalam kenyataan menjelaskan keselamatan di stadium akan diperketatkan berikutan beberapa insiden penyokong menceroboh padang yang menjejaskan kejohanan itu termasuk enam kes ketika Portugal menewaskan Turki 3-0.

Baca Juga:
Misteri suara perempuan ketawa atas bumbung masjid akhirnya terjawab, rupa-rupanya…
Penyewa jual perabot siap promote dalam group barang terpakai, tuan rumah minta orang ramai jangan beli!
Budak lelaki raih pujian ramai tidak panik selepas lif tiba-tiba terjunam dari tingkat sembilan
CATEGORIES