Polis Johor sahkan penemuan rangka mayat tidak sempurna adalah milik Bella.
Polis Johor mengesahkan penemuan rangka jenazah tidak sempurna di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat adalah milik Bella atau Mila Sharmilah Samsusah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, melalui laporan didapati hasil analisis ia secara biologi sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella yang beruysia 32 tahun itu.
“Polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat di Johor Bahru.
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Batu Pahat esok pagi (Rabu),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Pada Jumaat lalu, penemuan rangka ibu tunggal itu ditemui di kawasan hutan berhampiran rumah terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat.
Polis ketika itu tidak boleh mengesahkan penemuan itu sama ada ia adalah Bella atau sebaliknya memandangkan rangka yang ditemui tidak sempurna.
Pada 14 Disember 2023, Mila Shamila Samsusah atau Bella memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat dan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki.
Manakala pada 15 Disember 2023 dikatakan kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal sebelum membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya.