Polis hantar rider ‘delivery’ makanan raih perhatian

Photo of author

By Syima Iza

Menerusi video yang tular, turut kelihatan rider tersebut sempat berbual-bual bersama polis ketika di atas motor sebelum sampai ke tempat menghantar makanan.

Setiap individu mempunyai pekerjaan hakiki masing-masing yang perlu dilaksanakan. Namun ia tidak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan dengan membantu individu lain.

Polis hantar rider ‘delivery’ makanan raih perhatian

rider 2

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki yang merupakan anggota polis apabila membantu seorang rider untuk menghantar makanan menggunakan motosikalnya.

Menerusi video dimuat naik oleh Arif Aiman Ahmad di TikTok, awalnya rider berkenaan telah bertanya kepada seorang polis yang berada di sebuah bangunan di Putrajaya mengenai maklumat kawasan untuk menghantar makanannya.

Lalu polis tersebut mengatakan tempat itu di kawasan lain dan sedikit jauh. Untuk ke tempat berkenaan, rider terbabit perlu menggunakan motosikal untuk ke lokasi itu.

Tempat jauh sebab polis hantar rider ke lokasi

Rider itu kemudian mengatakan tempat itu sedikit jauh sekiranya ingin berjalan kaki dan motosikalnya juga turut diparkir jauh dari lokasi berkenaan.

Susulan itu, anggota polis kemudiannya menawarkan rider berkenaan untuk menumpangkannya ke lokasi tersebut.

“Kalau nak naik saya boleh juga, jom? Alang-alang naik motor,” kata anggota polis itu.

Mendengar tawaran itu, rider tersebut bersetuju lalu menaiki motosikal bersama-sama.

Siap berbual-bual ketika dalam perjalanan ke tempat hantar makanan

Apa yang mencuri perhatian ketika di atas motosikal mereka turut berbual-bual seolah-olah sudah menjadi kawan.

@arifaimanahmadPolis tolong saya 👍🏻

♬ original sound – Arif Aiman | YouTube

Bukan hanya itu, polis berkenaan turut menunggu sehingga rider tersebut selesai menghantar makanan untuk membawanya semula ke parkir motosikal.

Ketika dalam perjalanan pulang mereka menyambung lagi perbualan berhubung beberapa premis yang berada di kawasan Alamanda, Putrajaya. Ramai berpendapat lelaki mudah untuk membuat kawan baru.

Video memaparkan polis dan rider itu turut menarik perhatian ramai. Melihat di ruang komen ramai yang berpendapat golongan lelaki sangat mudah untuk membuat kenalan atau kawan.

Ada juga mengatakan dia faham mengapa polis tersebut membantu rider berkenaan kerana tempat yang ingin dituju itu tidak mudah untuk dicari jika hanya melalui arahan.

“Camtu je lelaki buat kawan.”

Polis hantar rider ‘delivery’ makanan raih perhatian

Baca Juga:
Bayaran upah tak berbaloi, lebih 100 pekerja protes di depan ibu pejabat Foodpanda
Saya tak ada wang ringgit, tapi saya ada Allah” – Bekas pembantu peribadi Aliff Syukri
Ramai ‘sentap’ lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong