Pokok tualang di Gua Musang masih gah berdiri, ramai percaya ada ‘penunggu

Photo of author

By Syima Iza

Pokok tualang di Gua Musang masih gah berdiri, ramai percaya ada ‘penunggu.

Tular di media sosial mengenai sebatang pokok tualang yang terletak di laluan Gua Musang – Kuala Krai, yang dikatakan ‘kebal’ kerana dipercayai mempunyai penunggu.

Pokok yang dianggarkan berusia lebih 150 tahun itu terletak berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang, dan masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan tersebut.

Pokok tualang di Gua Musang masih gah berdiri, ramai percaya ada 'penunggu

Menurut perkongsian di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Ammar Taha, walaupun pokok-pokok lain di sekelilingnya telah ditebang, pokok tualang tersebut masih teguh berdiri.

Ammar Taha juga menyebut bahawa sekitar tahun 2000, banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok tersebut sehingga meragut beberapa nyawa.

“Sehingga ke hari ini, pokok ini masih tidak mampu ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain sudah ditebang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berlaku berhampiran pokok ‘kebal’ tersebut.

@ammartaha007 Kalau lalu jalan Kuala Krai-Gua Musang mesti akan perasan 1 pokok besar tepi jalan ni. Kenapa masih tidak ditebang ye? Apa misteri di sebalik pokok ini? #pokok #misteri #horror #fypシ゚ ♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

“Ada kisah misteri mengenai pokok tualang ini. Pada tahun 2000-2003, kerap berlaku kemalangan maut di bawah pokok ini. Sampai orang tak berani nak tebang sebab tempatnya memang ‘keras’ seperti ada penunggu,” dakwa @Ayub Lubricants.

Seorang pengguna lain, @moktehg, turut berkongsi kisah kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya.

“Pokok besar inilah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL (Kuala Lumpur) ke Kelantan. Bas terbakar, semua tidak selamat. Tinggal kenangan, sekarang bila saya balik dari KL dan sampai di situ, mesti saya teringat,” tulisnya.

Selain kisah kemalangan dan unsur mistik, ada juga netizen yang mendakwa bahawa pokok tersebut dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan antara daerah Gua Musang dan Kuala Krai.

“Tak ada kisah mistik, penunggu bagai. Ini pokok tualang yang dijaga oleh Jabatan Hutan sebagai mercu tanda sempadan Gua Musang dan Kuala Krai,” kata @Hj Fauzi.

Baca Juga:
Lelaki misteri curi kereta ‘Porsche’ sebanyak 2 kali termasuk di balai polis
Lebih 10 tahun huni rumah, baru sedar syiling emas bernilai RM1.3 juta tersorok bawah lantai dapur
Netizen kecam aksi geng mat rempit Sekumpulan guna dua ‘Lane’ lawan arus