Pokok nangka berbuah lebat dalam rumah

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah video klip tular di media sosial di Indonesia memaparkan sebatang pohon nangka yang tumbuh di dalam rumah sehingga menembusi bumbungnya, lapor akhbar Detiknews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @ardiners1, pokok nangka itu tumbuh di bahagian ruang tamu dan berbuah lebat.

“Asalnya, pohon ini tidak tumbuh di dalam rumah. Pokok nangka ini dimasukkan ke dalam rumah, setiap tahun ia berbuah. Kenapa buahnya kecil? Kerana buah nangka ini tidak terkena sinar matahari,” kata pemilik akaun TikTok tersebut yang dikenali sebagai Ardiansyah.

Pokok nangka berbuah lebat dalam rumah

Selain nangka, keluarga Ardiansyah juga memiliki pokok mangga yang tumbuh di dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Lebih mengejutkan apabila bapa Ardiansyah turut menanam pokok kelapa di dalam rumah itu. Ketinggiannya kini mencecah 180 sentimeter.

Rakaman ini tular di media sosial dan meraih 14 juta tontonan bersama 3,000 komen.

“Tidak boleh tanam pohon nangka di dalam rumah, di depan rumah pun tak dibenarkan. Ada penunggu,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Takut akarnya jadi semakin besar dan lantai rumah hancur,” kata netizen lain.

@ardiners1rumah pohon

♬ suara asli – Ardinesss – Ardiners1

Baca Juga:
Wanita Jepun masak ramen versi Malaysia bertukar menjadi ‘Sup Cendol’ buat netizen gelihati
Dilabel kafir tak wajar sentuh daging korban, MP Petaling Jaya luah rasa kesal
Netizen puas hati wanita ini permainkan penjual aiskrim Turki, “biasa dia buat orang, kali ini dia terkena”