PMX kongsi gambar di Instagram, netizen komen suruh berehat seminggu.
Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi di Instagram bahawa beliau sedang dalam perjalanan ke Kaherah, Mesir untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah gambar yang dimuat naik, yang menyentuh hati sebilangan besar rakyat Malaysia.
Di dalam kapsyen hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau sedang meneliti dan menyelesaikan beberapa tugasan penting, yang pastinya berkaitan dengan urusan negara. Ramai yang kagum dengan semangat kerja keras Perdana Menteri.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mereka bangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sangat dedikasi dalam bekerja untuk rakyat.
View this post on Instagram
Ada juga yang berpendapat Ahli Parlimen Tambun itu perlu berehat kerana sudah terlalu lama bekerja tanpa henti.
Berdasarkan rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 2022 dan kini telah hampir dua tahun memegang jawatan tersebut.