Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, telah dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan pada Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu (AA) yang mengutip media kerajaan, agensi berita TASR.
Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, tempat mesyuarat kerajaan diadakan.
Penyerang tersebut telah ditahan selepas serangan itu, katanya.
Saluran televisyen tempatan JOJ melaporkan bahawa seorang lelaki di kalangan orang ramai telah melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan tersebut untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar tersebut.
🚨🇸🇰 Moments after Slovakian President Robert Fico was shot.
All eyes on Slovakia. pic.twitter.com/UOcy08aUBv
— Concerned Citizen (@BGatesIsaPyscho) May 15, 2024