PM Anwar dedah Malaysia dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar kerana bela hak Palestin

PM Anwar dedah Malaysia dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar kerana bela hak Palestin

PM Anwar dedah Malaysia dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar kerana bela hak Palestin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar susulan kelantangan membela hak Palestin.

Perdana Menteri menegaskan, bagaimanapun Malaysia tidak sesekali gentar dengan ugutan tersebut.

PM Anwar dedah Malaysia dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar kerana bela hak Palestin

“Saya telah mulakan dalam sejarah, saya dikritik, diserang oleh beberapa kalangan Eropah, Amerika Syarikat, dan Israel.

“… kita harus berwaspada. Saya beritahu selagi saya diberikan mandat oleh rakyat, saya terima ugutan itu. Lawan tetap lawan,” kata Perdana Menteri ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata di sini pada Selasa malam.

Perdana Menteri menambah, negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul.

“Kami faham apa makna merdeka. Kamu salah pilih orang (Perdana Menteri). Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka.

“Malaysia ini akan kekal sebagai negara berdaulat, yang akan mempertahankan hak dan perjuangan dan kebebasan Palestin,” ujarnya.

Terdahulu, ribuan orang ramai hadir menyatakan solidariti kepada Palestin dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, yang turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara.

Baca Lagi:
Budak perempuan 5 tahun petah bercakap mengalahkan orang dewasa, kumpul 224,000 pengikut di TikTok
Tayang kemewahan luar biasa, pelakon wanita dipantau Bank Negara, disyaki terlibat penggubahan wang haram
“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” – Fesyen pelik penyanyi Aizat Amdan jadi bualan hangat netizen
CATEGORIES