PLKN 3.0 libatkan peserta umur 16 hingga 35 tahun?, Ini penjelasan sebenar Timbalan Menteri Pertahanan

Photo of author

By Syima Iza

PLKN 3.0 libatkan peserta umur 16 hingga 35 tahun?, Ini penjelasan sebenar Timbalan Menteri Pertahanan

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menjelaskan bahawa terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat mengenai had umur yang ditetapkan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula pada Januari 2025.

PLKN kali ini diperkenalkan semula dengan konsep baharu yang melibatkan peserta lepasan kadet sekolah dan juga penglibatan daripada PDRM serta agensi beruniform lain. Menurut Adly, hanya pelajar lepasan SPM sahaja yang akan terlibat dalam PLKN untuk fasa pertama tahun hadapan, bukan golongan yang berusia sehingga 35 tahun.

PLKN 3.0 libatkan peserta umur 16 hingga 35 tahun?, Ini penjelasan sebenar Timbalan Menteri Pertahanan

“Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM… contohnya jika pelajar lepasan SPM tidak dapat hadir kerana beberapa kekangan, mereka boleh hadir sehingga usia 35 tahun, itu mengikut akta yang ditetapkan.

“Tetapi, tumpuan utama kita adalah pelajar lepasan SPM. Saya rasa di sini timbul salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan, mereka kata umur 30 sudah bekerja, namun isu ini tidak timbul kerana akta tersebut hanya bertujuan memberi sedikit kelonggaran,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Adly turut menjelaskan bahawa bermula Januari tahun hadapan, seramai 1,000 peserta akan terlibat dalam PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.

“Dari segi modul pula, akan ada penambahbaikan yang dibuat berdasarkan PLKN sebelum ini. Bagi kami, apa yang penting adalah apabila mereka menamatkan PLKN, selain mempunyai semangat jati diri, mereka juga memiliki kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini berkata bahawa PLKN 3.0 akan diperkenalkan di peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan sebagai persediaan untuk pelajar yang berumur 17 tahun menjalani latihan, melibatkan pelajar tingkatan empat sahaja semasa aktiviti kokurikulum.

PLKN 3.0 libatkan peserta umur 16 hingga 35 tahun?, Ini penjelasan sebenar Timbalan Menteri Pertahanan

Fasa seterusnya akan merangkumi pelaksanaan PLKN asas untuk remaja berumur 17 tahun ke atas, di mana mereka akan dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA), dan beberapa politeknik.

“Fasa latihan asas ini akan merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan ini bersifat intensif, di lapangan, dan praktikal.

“Modul asas kenegaraan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengandungi elemen jati diri, cinta negara, dan perpaduan.

“Manakala modul asas ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan. Pelatih akan dilatih untuk mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketetapan masa, ketertiban, dan berdikari,” katanya dalam laporan Harian Metro.

Baca Juga:
“Ayat dia memang cairlah” – Rupanya dah bertahun scam orang guna ayat yang sama di Kuala Terengganu
150 negara bakal terputus internet & komunikasi, setelit Boeing tiba-tiba meletup
Tak perlu tukar baru! Ini cara nak lajukan semula kipas syiling yang ‘slow’