PLKN 3.0 akan diteruskan, pelatih akan jalani di kem tentera selama 45 hari

Photo of author

By Syima Iza

PLKN 3.0 akan diteruskan, pelatih akan jalani di kem tentera selama 45 hari.

Kementerian Pertahanan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, anak muda yang dipilih akan menjalani latihan di kem tentera.

PLKN 3.0 akan diteruskan, pelatih akan jalani di kem tentera selama 45 hari
Gambar hiasan

Katanya, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan acuan baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera juga dialu-alukan.

Baca Lagi:
Hanya dijual tepi jalan, ini kisah anak petani jadi pengasas jenama Ramly Burger yang kini jadi no 1 dalam Malaysia
Wanita buat laporan polis, dakwa penyanyi popular era 90-an gagal jelas tunggakan sewa RM3,000, bil elektrik RM6,770
Terengganu larang atlet beragama Islam sertai gimnastik SUKMA 2024