Pistol Napoleon bertatah emas dan perak dilelong RM8.6 juta

Photo of author

By Syima Iza

Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki oleh Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte, dilelong pada harga €1.69 juta (RM8.6 juta), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pistol yang dihasilkan oleh pembuat senjata dari Paris, Louis-Marin Gosset, dilelong oleh firma lelongan Osenat kelmarin.

Senjata itu bertatahkan emas dan perak serta memaparkan ukiran imej Napoleon sendiri.

Pistol Napoleon bertatah emas dan perak dilelong RM8.6 juta

Jurulelong Osenat, Jean-Pierre Osenat, berkata imej Napoleon yang berada pada waktu paling sukarnya turut dijual bersama pistol tersebut.

Napoleon dikatakan ingin menggunakan pistol tersebut untuk menamatkan riwayatnya pada malam 12 April 1814 selepas kekalahan askarnya di tangan tentera musuh.

Baca Juga:
Warga Malaysia diculik di Bangkok selepas diperdaya rakan sendiri diselamatkan tentera Mynmar
Bengkung kain Mat Kilau tidak terbakar, bukti pendekar melayu dahulu bukan ‘kosong’
Grandmaster catur Bangladesh meninggal dunia ketika perlawanan, rebah atas papan catur