Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah

Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah

Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah. Menjadi mimpi ngeri bagi ibu bapa jika anak mereka terlibat dengan bahaya yang menyebabkan kemalangan serius seperti bahaya di taman mainan kanak-kanak.

Tular di media sosial baru-baru ini gambar mengenai sebilah pisau yang didakwa sengaja dilekat di tangga taman mainan kanak-kanak sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Tindakan kejam ini telah mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman mainan itu berdasarkan kesan darah yang berada di situ.

Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah

Sebilah pisau tajam dilekat di tangga taman mainan dilihat sebagai satu aksi yang disengajakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran gambar tular di Facebook, rata-ratanya mengingatkan ibu bapa agar periksa dulu taman permainan sebelum membenarkan anak-anak bermain untuk elakkan sesuatu yang buruk boleh berlaku.

Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah
Pisau diletakan di tangga taman permainan kanak-kanak, sudah ada yang kena sampai berdarah

Carian mengenai gambar tular itu mendapati kejadian tersebut berlaku di Taiwan pada tahun lepas, berdasarkan sumber laporan Taipie Japion.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, tetapi ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di taman mainan.

Pernah berlaku kejadian seorang lelaki mencederakan kanak-kanak dengan pisau di taman mainan di Petaling Jaya sekitar tahun 2021. Suspek telah berjaya diberkas dan siasatan dilakukan bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu dengan pemilik kedai tayar
3 lelaki guna ‘dron’ bawa masuk barang terlarang ke penjara Machang di cekup polis
Jual ‘Pingat Kebesaran’ dua kakitangan SUK Pahang ditahan
CATEGORIES