Pintu kereta dibiar terbuka akan didenda RM4,000

Photo of author

By Syima Iza

Pintu kereta dibiar terbuka akan didenda RM4,000.

Individu yang membiarkan pintu kereta terbuka sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya boleh dikenakan denda sebanyak 20 juta dong (RM3,500) hingga 22 juta dong (RM4,000) bermula tahun ini, lapor laman berita VNExpress hari ini.

Jumlah denda tersebut meningkat sebanyak 36 hingga 50 kali ganda berbanding kadar sebelumnya.

Pintu kereta dibiar terbuka akan didenda RM4,000

Menurut pihak berkuasa Vietnam, peraturan baharu ini diperkenalkan untuk memperketat kawalan terhadap pelanggaran undang-undang lalu lintas.

Berkuat kuasa 1 Januari, dekri tersebut turut memperkenalkan sistem penalti berasaskan mata dan kaedah pemulihan mata untuk lesen memandu.

Di bawah peraturan tersebut, tindakan membuka pintu kereta secara tidak selamat atau membiarkannya terbuka boleh dikenakan denda antara 4 juta dong (RM700) hingga 6 juta dong (RM1,000).

Namun, jika perbuatan tersebut menyebabkan kemalangan jalan raya, denda akan meningkat kepada 20 juta dong hingga 22 juta dong.

Baca Juga:
Ini senarai telefon tidak boleh guna aplikasi Whatsapp bermula January 2025
Pesawat pertama ‘Mengembara ke Masa Lalu’, berlepas tahun 2025, mendarat tahun 2024
Orang ramai hairan lihat lelaki berpakaian ihram bersilat depan Kaabah