Pilot terkejut dengan ilmu Ustaz Azhar Idrus, selamba jawab soalan mengenai nahas pesawat Azerbaijian & Jejur Air

Photo of author

By Syima Iza

Pilot terkejut dengan ilmu Ustaz Azhar Idrus, selamba jawab soalan mengenai nahas pesawat Azerbaijian & Jejur Air.

Seorang juruterbang yang dikenali sebagai ‘Abang Captain’ memuji pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), kerana sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Menerusi perkongsiannya, Abang Captain memuat naik video UAI yang menjawab soalan jemaah mengenai tragedi kapal terbang terhempas di Korea Selatan yang berlaku pada 29 Disember tahun lalu.

Pilot terkejut dengan ilmu Ustaz Azhar Idrus, selamba jawab soalan mengenai nahas pesawat Azerbaijian & Jejur Air

Kagum dengan Pengetahuan UAI

Menurut Abang Captain, dia sangat kagum dengan UAI yang mengikuti perkembangan semasa hingga membuatkan dirinya terasa begitu kecil apabila dibandingkan dengan pendakwah tersebut.

**“Fuh, ustaz memang hebat. Saya rasa diri ini kecil sangat sebab ustaz tahu perincian mengenai kapal terbang yang terhempas itu.

Bukan saja berwibawa dalam ilmu agama, tetapi hebat juga dalam ilmu penerbangan kerana ustaz tahu serba-serbi tentang kapal terbang tersebut.

@bangkept Huge Respect To Ustaz Azhar Idrus.. Tahu Details Pasal Dunia Penerbangan!!🫡🫡🫡🫡🫡🫡🫡 #abangcaptain #pilot #pilotlife #flysafe✈️ #pilotsoftiktok #viral #juruterbangmalaysia #flying #respect #ustazazharidrus #knowledge #berilmu #banyakilmu #crash #jejuair #pesawatterhempas #terengganu #ganukite #dakwah #shouldbeme @Ustaz Azhar Idrus ♬ Finitude – Gabriel Albuquerqüe

Saya memang kagum dengan ustaz, dan kita semua boleh mencontohi beliau. Selain bergelar agamawan yang sangat dihormati di Malaysia, ustaz sangat ‘up to date’ dengan hal ehwal dunia.”**

Pentingnya Rendah Diri
Di penghujung video, juruterbang itu menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa bersikap rendah diri tanpa memandang status seseorang.

**“Apa yang saya nak sampaikan ialah pentingnya ilmu pengetahuan, dan janganlah kita rasa sudah pandai hanya kerana memiliki PhD atau pencapaian tinggi.

Setiap hari kita perlu belajar perkara baharu dan juga menghargai pendapat orang lain, walaupun mereka mungkin berada di kedudukan yang lebih rendah daripada kita.

@anasrazali77 Ilmu Penerbangan #uai #ustazazharidrus #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #kuliah #ceramah ♬ original sound – anasrazali77

Jangan pernah berasa tinggi diri dan menganggap diri tahu semua perkara.”**

Netizen Turut Kagum

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap UAI yang memiliki ilmu pengetahuan luas dalam pelbagai aspek selain daripada bidang keagamaan.

“Ustaz Azhar Idrus memang luar biasa. Ilmu agama dan pengetahuan am dia sangat seimbang,” komen seorang pengguna.

“Inilah contoh agamawan yang patut kita ikuti, sentiasa peka dengan isu semasa,” tulis seorang lagi netizen.

Perkongsian ini memberi inspirasi kepada ramai untuk terus menimba ilmu dan merendah diri dalam setiap perkara.

Pilot terkejut dengan ilmu Ustaz Azhar Idrus, selamba jawab soalan mengenai nahas pesawat Azerbaijian & Jejur Air

Baca Juga:
Ibu selamatkan anak perempuan dibelit ular sawa gergasi
Cikgu sunting wajah anak murid guna AI, ‘hidupkan’ cita-cita mereka raih perhatian ramai
Wanita kongsi video suasana pasar pagi di India buat ramai terkejut