Satu rakaman tular memaparkan juruterbang mengiringkan badan sebuah pesawat Firefly Airlines ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) sewaktu ribut dan angin kencang melanda pada petang tadi.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Langkawi Kini, pendaratan kapal terbang tersebut meraih pujian orang ramai susulan juruterbang itu dikatakan menggunakan teknik crosswind landing untuk mengawal situasi itu.
Dalam klip berdurasi 29 saat itu, pesawat tersebut terbang dalam keadaan ‘menyenget’ sebelum mendarat di lapangan terbang berkenaan. Video tersebut juga memaparkan keadaan cuaca yang tidak baik dan angin bertiup kencang, menyukarkan pendaratan.
Meskipun dalam cuaca yang tidak menentu, juruterbang itu berjaya melakukan pendaratan dengan lancar.
“Kejadian di Langkawi semasa ribut tadi. Padu betul juruterbang Firefly Airlines, jarang-jarang dapat tengok. Agak-agak macam mana perasaan penumpang dalam tu ya? Steady dan tahniah kapten mendarat 10/10, Alhamdulillah,” menurut kapsyen video itu.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kapten pesawat itu yang cemerlang mengemudi pesawat berkenaan. Sesetengah mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana pesawat tersebut mendarat dengan selamat.
Berikut antara komen pengguna:
“Allah SWT yang permudahkan segala-galanya. Allah berikan juruterbang tu kemahiran untuk mengawal kapal dari pengalaman dia selama menjadi seorang juruterbang. Apapun terbaik juruterbang, Alhamdulillah,” tulis seorang pengguna.
Juruterbang FireFly lakukan ‘crosswind landing’ semasa angin kencang di LTAL dapat pujian.
Padu mat! 😁 rakaman ptg tadi pic.twitter.com/CXtw42Xv6u
— 🇲🇾 (@localrkyt) July 14, 2024
“Juruterbang Malaysia yang terbaik!” komen seorang pengguna lagi.
“Hebat juruterbang dia. Terbaik. Pernah rasa la baru-baru ni dekat Sarawak. Nak turun ribut tu pun takut dah masing-masing,” tulis seorang lagi.
“Uish. Menyenget. Seram,” komen seorang lagi.
“Padu juruterbang, keputusan antara nak landing atau go around dalam masa beberapa saat yang amat genting. Fuh,” puji pengguna lain.