Petugas lebuhraya nampak kelibat ‘pontianak’ kongsi pengalaman seram

Petugas lebuhraya nampak kelibat ‘pontianak’ kongsi pengalaman seram

“Pagi tu, masa kami tengah kerja penyelenggaraan, tiba-tiba kelibat pontianak muncul di sebalik pokok,” kata Azree Mohd Aris, 22 tahun, seorang petugas lebuh raya, ketika dia diminta berkongsi pengalaman seramnya baru-baru ini.

Azree juga berkongsi pengalamannya dengan memuat naik video di TikTok yang menunjukkan penampakan makhluk halus itu.

Meneruskan cerita, Azree menceritakan bahawa kelibat makhluk itu dilihat sekitar jam 1 pagi pada Khamis lepas ketika dia sedang melakukan kerja penyelenggaraan di Seremban, berhampiran kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

Petugas lebuhraya nampak kelibat 'pontianak' kongsi pengalaman seram

“Pada masa itu, saya bersama empat rakan sekerja sedang melakukan kerja penyelenggaraan dan tiba-tiba kami melihat kelibat seperti pontianak di sebalik pokok di arah bertentangan. Saya tidak dapat melihat wajahnya tetapi rambutnya panjang dan dia memakai pakaian berwarna putih.

“Saya segera mengambil telefon dan merakam apa yang saya lihat.

“Saya agak takut untuk merakam tetapi menjadi berani kerana bersama kawan-kawan pada masa itu.

“Selain saya, dua lagi rakan turut melihat tetapi makhluk itu tidak lama muncul kerana selepas 10 minit saya bergerak dan apabila saya menoleh semula, dia sudah tiada,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Walaupun insiden itu menakutkan, Azree tidak mengalami demam selepas pulang ke rumah, hanya terbayangkan penampakan makhluk yang dia lihat.

Menurut Azree, ini bukanlah kali pertama dia mengalami pengalaman seram kerana sudah beberapa kali dia mengalami sejak lebih dua tahun bekerja sebagai petugas lebuh raya.

“Sebelum ini, saya pernah melihat hantu berada di atas pembahagi jalan ketika bertugas di kawasan Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

“Penampakan seperti ini adalah perkara biasa di kawasan lebuh raya termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R) dan biasanya berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi.

“Pengalaman orang yang sudah lama bekerja di sini pun pernah mereka ceritakan dan saya selalu membaca doa sebelum bekerja, selebihnya tawakal sahaja.

“Saya berkongsi pengalaman ini di TikTok baru-baru ini kerana ingin mengetahui pendapat orang lain untuk meyakinkan diri saya kerana menurut pengetahuan saya, syaitan ‘diikat’ semasa bulan Ramadan dan saya ingin tahu bagaimana ada yang terlepas.

“Saya tidak sangka ia akan menjadi viral dan ramai juga yang berkongsi pengalaman seram mereka,” katanya.

Baca Juga:
“Pinggir hutan berubah menjadi hutan sepenuhnya” – Pelajar kongsi pengalaman sesat dalam hutan
Blogger makanan India popular ‘hidup tanpa perut’ meninggal dunia pada usia 50 tahun
Padah curi kabel pencawang, lelaki kritikal melecur, satu kampung terputus bekalan elektrik
CATEGORIES