Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil ‘Cik Ti’ ini sebabnya

Photo of author

By Syima Iza

Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil ‘Cik Ti’ ini sebabnya.

Pernah tak anda dengar petua orang-orang lama yang memberitahu, jangan marah atau mencaci tikus. Kalau tidak, habis nanti ia serang rumah kita. Nak sebut ‘tikus’ pun kita tak sebut penuh, sebaliknya dengan gelaran seperti ‘Cik Ti’ supaya tikus itu tidak tahu kita berkata-kata tentangnya.

Petua orang-orang dulu mungkin ada benarnya. Tahukah anda, mengikut kajian dan tinjauan yang dilakukan pengkaji, tikus adalah sejenis haiwan yang bersifat pendendam. Ia sangat sensitif dan sukar dikawal sekiranya diganggu.

Petua orang lama, kalau nak marah, caci binatang ini kena panggil 'Cik Ti' ini sebabnya

Terdapat dua kelompok tikus yang dikenal pasti memiliki sifat pendendam. Tikus itu terdiri daripada kelompok Muridee dan kelompok Suridee.

Tikus kelompok Muridee terbahagi kepada tiga spesies iaitu tikus rumah (Rattus Rattus), tikus Norway (Rattus Novegicus) dan tikus sawah (Rattus Argentiventer). Manakala tikus kelompok Suridee hanya ada satu spesies saja iaitu Cencurut (Suncus murinus).

Haiwan ini adalah spesies binatang yang cerdik. Kajian mendapati tikus memiliki daya ingatan yang tinggi. Contohnya, sekiranya kita memukul atau mencederakannya, tikus itu akan ingat siapa pemukulnya lalu bertindak membalas dendam dengan melakukan kerosakan pada rumah dan harta benda orang itu. Malah, dendam tikus ini boleh membuatkannya mencederakan sesiapa saja yang dirasakan mengganggu hidupnya.

Sebenarnya, ramai yang tidak sedar mengenai sifat haiwan perosak ini. Kebanyakan kita mengambil mudah dengan membiarkannya bersarang tanpa mempedulikan bahaya yang dibawanya. Bila populasinya sudah bertambah, mulalah kita pukul dan cederakannya. Paling tidak pun, kita keluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Percaya atau tidak, dikatakan dalam masa seminggu selepas perbuatan itu, selalu berlaku serangan tikus dalam rumah. Kesan-kesan gigitan dan sebagainya akan menjadi bukti serangan itu.

Jangan main-main, serangan tikus ini boleh sampai ke tahap mencederakan orang yang didendaminya. Malah ada sesetengah kes, penghuni rumah cedera digigit tikus. Sebab itulah kebayakan masyarakat dunia mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai tikus.

Ekosistem Tikus

Tikus merupakan sejenis spesies haiwan mamalia yang tergolong dalam keluarga Rodensia. Kumpulan ini terdiri daripada mamalia kecil seperti tupai, arnab, marmut dan mencit. Di antara semua spesies dalam keluarga ini, tikus dikategorikan sebagai haiwan perosak yang berpotensi membunuh manusia.

Malah, ia boleh menjadi satu bencana yang berisiko membunuh manusia. Malapetaka itu adalah penyakit kencing tikus. Air kencing tikus mengandungi bakteria merbahaya. Yang mampu hidup dalam air tawar dan masin. Sifat itu menyukarkan usaha untuk menghapuskannya.

Tikus suka tinggal di tempat yang kotor. Percaya atau tidak, tikus merupakan jiran manusia yang paling hampir di dunia ini. Ini kerana, manusia yang terkenal dengan sikap ‘pengotor’ dan tidak ambil kisah mengenai kebersihan akan menyumbang sampah sarap kepada persekitaran hidupan tikus.

Jadi tidak hairanlah kalau tikus dalam kelompok Muridee senang dilihat di mana-mana. Perkara ini menjadi begitu kompleks apabila corak pemakanan tikus hampir sama dengan manusia. Tikus boleh makan tumbuhan dan daging sepertimana manusia.

Sehingga kini, belum ada cara yang betul-betul praktikal untuk menghapuskan haiwan perosak ini. Sifat tikus yang gemar membiak menyukarkan usaha mengawalnya.

Seekor tikus dewasa mampu melahirkan anak antara enam hingga sepuluh ekor setiap tiga bulan. Dalam setahun seekor tikus dewasa mempunyai empat pusingan kelahiran. Ini bererti ibu tikus itu mampu menghasilkan anak antara 24 ekor ke 40 ekor setahun. Seekor anak tikus hanya perlukan masa enam bulan untuk matang dan mampu membiak.

Baca Juga:
Kopi ‘latte’ campur cili goreng dan serbuk lada harga RM13.40 laku keras
Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer
Anggota trafik, pengawal keselamatan diserang ahli keluarga mangsa maut nahas