Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

Photo of author

By Syima Iza

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

Orang yang tinggal di kampung sering suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tetapi isi dan tulangnya agak keras. Oleh itu, anda perlu menggunakan cara yang betul untuk melembutkan ayam kampung.

Sebenarnya, gelaran ayam kampung berasal daripada ayam yang diternak secara kecil-kecilan di belakang rumah dalam kawasan kampung.

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

Terdapat pelbagai jenis ayam kampung seperti ayam hutan, ayam sabung, ayam serama dan banyak lagi. Pergilah ke mana-mana kampung pun, pasti anda akan melihat haiwan ini berkeliaran di merata tempat.

Terdapat pelbagai petua yang boleh digunakan untuk melembutkan ayam kampung yang keras, dan salah satu cara yang paling menarik adalah dengan menggunakan buah nanas.

Enzim yang terkandung dalam buah nanas boleh membantu ayam kampung yang pada mulanya keras, akhirnya menjadi lebih lembut. Bukan itu sahaja, malah isinya juga tidak liat lagi.
Sekali-sekala, ubah selera dengan memasak ayam kampung, apalah salahnya. Jika begitu, anda boleh belajar cara melembutkan ayam kampung yang mudah ini. Jom kita tengok caranya!

CARA LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG

1. Mula-mula, kisar halus buah nanas seperti buat jus.

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

2. Selepas itu, curahkan atas ayam kampung dan gaul rata.

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

3. Biarkan ayam kampung lebih kurang 5 hingga 10 minit, tapi tak boleh lama sangat.

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

4. Akhir sekali, bilas ayam kampung dengan bersih. Siap untuk dimasak!

Petua lembutkan ayam kampung , guna jus ini confirm tak liat lagi!

Lihat betapa mudahnya cara melembutkan ayam kampung ini dan hasilnya memang memuaskan. Manalah tahu, tiba-tiba mak mentua minta tolong masak, taklah kekok nanti.

Untuk pengetahuan anda, ada orang yang pernah menggunakan cara ini untuk melembutkan daging yang liat juga. Oleh itu, bolehlah cuba amalkan di rumah nanti.

Orang tua-tua kata, bagus makan ayam kampung ini supaya badan sihat. Jadi, jangan lupa untuk kongsikan tips menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi:
“Patutlah murah rezeki selalu”, Rupannya ini amalan Khairul Aming utamakan
Kerbau paling mahal di dunia, harga cecah RM2.3 juta
“Ramai yang merungut”- Lesen, cukai jalan fizikal bakal kembali tahun depan, mungkin ada caj tambahan